Tuesday, April 19, 2011

R@mBuT M@m@ GugUr...

Sudah lama rasanya mama x update blog...tetiba terasa nk update blog dan nk story ngn kengkawan psl rambut mama....lately mama terperasan yang rambut mama asik gugur jex...byk pulak 2...lain dari biasa...sampai bersepah-sepah kt lantai bilik...kalo pegi kt bilik air mama tengok hampir sebijik penumbuk mama leh collect rambut mama yang gugur.........

En babah pulak x kasi mama potong rambut psl En babah mmg suka mama rambut panjang...ari 2 pon terpaksa suruh babah potong ckt je...dalam 5cm..nk boleh potong rambut mama ni brape kali mama terpaksa pekak kan telinga mama utk mendengar en. babah mengomel...akhirnya en. babah mengalah jugak...tp bukannya byk sgt nk potong..rambut mama masih panjang lagi...kalo tgk, cm x luak pon dengan potongan en babah 2....

Selidik punya selidik, tnya2 orang, search kt internet rupanya2 mmg normal kalo baby da msuk usia 3 bulan ke atas rambut mamanye akan gugur...ohh..tidakkkkkk...da rs cm botak ciket pon ade da ni haaaa.....bila tanya org yg lebih berpengalaman pulak, org ckp bila anak da mula menyembur air liur rambut mamanya akan gugur...btol ke eh???

Ternyata anggapan mama dan cakap2 org 2 x btol psl mama ada dapat info ni :
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
soo.......terpaksa la mama menunggu berbulan-bulan lagi utk memulihkan rambut mama ni....dan terpaksa la mama mengollectkan rambut mama setiap hari dan....leh mama wt rambut palsu......hahaahaaaaa....

sumber : google & pospartum hair loss, babycenter.com



No comments: