Monday, December 5, 2011

Bayi 4 bulan Maut Tersedak Susu

PORT DICKSON: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu, di sebuah rumah di Taman Desa Rusa, di sini, hari ini.

Bayi itu, Nur Syahira Syakira Mohd Juwaini, ditemui ibunya Naysriah Ibrahim, 33, dengan keadaan mukanya pucat dan hidung berbuih kira-kira 7.30 pagi tadi ketika menjenguk anaknya itu yang ditempatkan dalam sebuah bilik di rumah itu.

Naysriah berkata, beliau sebelum itu memberikan anaknya susu badan pada jam 4 pagi sebelum menyiapkan persediaan bagi menjual nasi lemak di hadapan rumahnya.
"Pada jam 6 pagi selepas itu, saya ke bilik itu untuk menjenguk keadaan Syahira dan masa itu dia masih sedang nyenyak tidur, tapi untuk kali kedua saya menjenguk pada jam 7.30 pagi, Syahira sudah tidak bergerak, dengan keadaan hidung berbuih dan pucat," katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson, hari ini.

Katanya, dia yang panik terus memanggil ibu mentuanya yang tinggal bersama-samanya untuk melihat keadaan Nur Syahira.

Mereka kemudiannya membawa bayi malang itu ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kes terbabit dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - BERNAMA


sumber dr : Berita harian

p/s: takziah utk family mangsa...pesanan utk diri sendiri, beringat2 semasa breastfeed anak...menyusu badan pon bahaya jugak....

al-fatihah

2 comments:

iraghazali said...

adoiii sedih baca.... al-fatihah..

lady butterfly said...

2 la kak ira..jgn igt breastfeeding selamat....