Thursday, December 8, 2011

Slot Zehra TV3 : Dingin Lavenda

Slot Zehra akan menemui kita semula dengan drama terbarunya iaitu Dingin Lavenda, drama ini dibintangi oleh pelakon Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi dan diarahkan oleh Amy Maziah.

Drama ini adalah adaptasi dari Novel Dingin Salju Indiana,dan mampu mengatasi rating drama Tahajjud Cinta.

Sinopsis Dingin Lavenda:

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Sumber : Facebook Dingin Lavenda


p/s : suka dengan OST song drama ni : Disaat aku mencintaimu




No comments: