Sunday, June 19, 2011

Mee Kari Part 2

Semalam mama ada postkan psl mee kari...so ari ni mama nk share resepi mee kari mama kpd semua pembaca blog mama...

Bahan2nya x ssh nk cari, senang aje....

Bahan-bahan :( hidangan utk 2 org tetapi boleh makan smpai malam)

1. Sebungkus mee kuning ( dicelur)
2. Taugeh- mama beli 0.50 sen je ( dicelur)
3. Tauhu 2 keping ( dipotong dan digoreng)
4. Bebola ikan sebungkus ( mama letak semua)
5. Tauhu ikan ( 2 keping)
6. Ayam ( bahagian dada- dipotong kecil2)
7. Sebatang serai ( diketuk)
8. Daun kari
9. Rempah kari ikan
10. 1 asam keping
11. Bawang merah
12. Bawang putih
13. cili kering
14. 5 batang cili api ( dihiris halus)
15. 4 biji limau kasturi ( dipotong 2 bahagian)
16. Santan kelapa

Cara-cara :

Bahan2 utk menumis ( bawang merah, bawang putih dan cili kering - di blend)

1. Panaskan minyak- masukkan bahan2 yg telah diblend bersama2 rempah kari ikan. tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daun kari bersama2 asam keping...apabila dah naik bau, masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan serai, tauhu ikan, bebola ikan dan ayam.
4. Masukkan garam dan kacau.
5. Setelah masak, boleh dihidangkan bersama2 mee dan taugeh yang dicelur..
6. apabila nk mkn, leh taburkan cili api dan perahkan limau dan boleh dimakan...

haaaaaa......itu je.......simple x? kt bwh ni mama ada sertakan gambar mee kari hasil tangan mama....tp gambar 2 utk dimakan sorang aje.....yg 2 yg mama punya.....tak termasuk babah punya....heeeeeeeee

No comments: