Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Monday, April 25, 2011

M@m@ DiEt L@gi..

Cerita psl bab diet nih mmg kekadang menensionkan mama la....termasuk minggu ni da 2 minggu mama berdiet..nampaknya hasil dari diet 2 minggu ni x sia2....chaiyookkk mama....itulah kata2 babah pada mama....tercabar jugak rasanya...selepas bersalin memang la berat badan mama menurun dan kekal sehingga sebelum mama berdiet...tp....mama nk try lagi biar berat badan mama capai ke tahap yang mama dan babah harapkan...


Kekadang memang teruja bila menahan diri daripada tak sentuh nasi walau sesudu..tetapi bila mengenangkan balik cabaran babah nak tak nak mama kene disiplin...mama x mao mengalah...kekadang jugak malas nk crite bab2 diet ni ngn kengkawan..kalo kene kwn yg close minded mcm2 dieorg pk...hanya org2 tertentu je leh crite..suka crite dgn kengkawan yg senasib ngan mama...

Pasal perihal menyusu aryan mama xkesa langsung psl walaupon mama berdiet, tp mama tetap makan makanan berkhasiat yang boleh memperbanyakkan lagi EBM mama disamping mama minum susu khas utk breastfeeding...alhamdulillah...so mama da tak risau bab 2...mama nk tgk hasil utk sebulan lagi camane....

Pening jugak bila tiba time memasak...kene pk nk masak apa utk babah...bila berdiet ni mama ckup malas nk masak menu yang leh hilangkan semangat mama utk diet..tiap-tiap ari kene search internet utk cari menu yg sesuai..huuhu....cian kt babah...terpaksa berkorban utk mama..asik2 nk kene ngadap sup...hee...tp nasib baik babah jenis yg x memilih utk makan...lega mama...

Mama pon kene bersenam jugak selain dari jaga pemakanan..nk bersenam ni mama da xleh bersenam cm dulu..leh joging sesuka ati...ari tu pon pegi jogging bawak aryan jugak..nasib baik awak x buat perangai...mama kene buat sit up disamping byk kan berjalan dan buat kerja yang menggunakan byk pergerakan..


so...i.allah mama akan teruskan niat murni mama ni dan mama harapkan sokongan daripada babah dan kengkawan tersayang....chaiiyookkkkkkk mama.....

Tuesday, March 24, 2009

Tips diet...

Makan....tapi...kekal langsing....


Makan dengan kerap.

Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah kalori, rendah lemak.

Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum air.

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

Pagi selepas bangun dari tidur.

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

30 minit sebelum waktu makan.

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

Sepanjang hari.

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.