Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Doa & zikir Penyusuan Bayi..

Assalamualaikum....

salam Israk mikraj blogger2 semua.....hari ni me nk share sikit ttg doa & zikir penyusuan bayi khusus bagi ibu2 yang mmg BF bb....

(1) Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
(2) Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin
(3) Surah Al-Baqarah ayat 60.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada cik "b" dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin
(4) Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

(5). Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

(6). Surah Yasin ayat 72-73

(7). Baca Selawat dan Basmallah sebelum menyusu dan mengepam
 okay....momma & mommies...renung-renungkan dan selamat beramal....
Happy breastfeeding..... 

Tuesday, May 22, 2012

Doa Bulan Rejab

Assalamualaikum...

Bulan rejab datang lagi.....sekejap aje ms berlalu....puasa ganti separuh lagi blom ditunaikan....insyaallah, akan me abiskan sebelum ramadhan menjelma....walaupon berbadan dua, tp berpuasa bukanlah halangan bagi me....

Sempena bulan rejab yang mulia ini, marilah kita sama2 mengamalkan doa dibulan rejab ini dan menghayati peristiwa2 yg berlaku dlm bulan rejab....semoga kita semua mendapat berkat dr amalan yg kita lakukan...-amin-


p/s : Selain dr perbanyakkan doa, kita juga digalakkan memperbanyakkan istighfar dan meminta keampunan dr Allah S.W.T...

Friday, April 8, 2011

Do@ k@SiH s@Y@nG

Salah satu doa pengikat kasih sayang antara suami dan isteri

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu." [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [Surah Al-Ahzab: ayat 21] 

sumber : google

p/s : mama ambil doa ni dari Ensaiklopedia Melayu Lama