Assalamualaikum....
salam Israk mikraj blogger2 semua.....hari ni me nk share sikit ttg doa & zikir penyusuan bayi khusus bagi ibu2 yang mmg BF bb....
 (1) Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
 banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk
 menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
 (2) Ya Allah seberapa 
banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan 
keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit 
menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin 
(3) Surah Al-Baqarah 
ayat 60. 
 
 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi
 air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan 
tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua 
belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah
 mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): 
"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu 
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
 Sambil baca 
letakkan tangan pada cik "b" dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk 
menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
 Amalkan doa ini setiap kali 
lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin
 meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin
(4) Amalkan Surah 
al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung 
lagi.
 Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak
 kite dan banyakkan susu kite.
 Jangan kita lupa juga bahawa rezeki 
itu semuanya datang dari Allah.
 Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga
 tafsiran ayatnya.
 
 (5). Zikir Ya Matin (70x) setiap 
mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
 (6). Surah Yasin
 ayat 72-73
 (7). Baca Selawat dan Basmallah sebelum menyusu dan 
mengepam
 okay....momma & mommies...renung-renungkan dan selamat beramal....
Happy breastfeeding.....    
 
 
 
No comments:
Post a Comment