Assalamualaikum...
Salam syawal ke 19....sudah lama x bersiaran....terase pulak nk mencoret sesuatu...Minggu ni da masuk 34 minggu usia kandungan....Alhamdulillah, setakat hari ini, kehidupan me macam biasa..semakin aktif dan cergas....baby dalam kandungan pon sihat mcm mamanya jugak....
Bila da masuk 34 minggu usia kandungan, me pasti ibu-ibu yang lain pon akan mengalami perasaan spt me...SANGAT TERUJA & TAKOT......maklumla, tinggal beberapa minggu lagi untuk menanti kehadiran orang baru dalam keluarga....
Bila da masuk trimester yang terakhir ni, me dapat rasakan pergerakan baby dalam kandungan yang semakin lama, semakin kuat dok menendang dalam perut nih....lagi2 la bila waktu malam menjelma....mahu terase cm ada gempa bumi berlaku dalam perut....hahahaaa....memang aktif sangat pergerakannya....hanya ibu-ibu yang pernah pregnen je yg dapat rasa keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T ni.....syukur sgt2 kerana me masih dberi peluang kedua untuk menikmati anugerah ini....
Kt bawah ni ade beberapa info yang me ambil dari website majalah pa&ma pasal corak pergerakan bayi....
Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama,
trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan
menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan
bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda
mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh
melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap
ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus
atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan
pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak
perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia
dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan
rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan
akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang.
Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia
berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya
selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi,
adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau
bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga
pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian
imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan.
Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan
tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian,
anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat
terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia
menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan
kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang
sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.
Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih
mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat.
Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda
ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain
adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam
kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang
aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang
dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan
tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan
berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku
dan lututnya.
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang
menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga
menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal
ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali
kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau
miringkan pelvik anda.
Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis
dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai
seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
Haaaa....beginilah rupanya kandungan me yang da mencecah 34 minggu....
sumber: website pa&ma & google