
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan  botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA),  berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Kenali BPA..
Zaman  sekarang, penggunaan plastik amat meluas digunakan oleh  kebanyakan  negara maju. Persoalannya adakah plastik selamat digunakan  terutamanya  pada bayi? Memandangkan terlalu banyak barangan bayi yang  berplastik  contohnya botol susu, barang mainan dan sebagainya, apakah  tindakan ibu  bapa terhadap masalah dan persoalan ini?
Kandungan  kimia yang  biasa terdapat di dalam plastik ialah Bisphenol A atau BPA  dimana  kebanyakan negara maju lain telah mula mengharamkan penggunaan  BPA di  dalam bekas simpanan makanan, botol minuman, botol susu bayi,  barang  mainan bayi dan sebagainya.
Apakah itu BPA?
BPA adalah singkatan daripada Bisphenol A diamana ia adalah satu bahan kimia dalam perindustrian plastik.

Bagaimana BPA digunakan?
Bisphenol   A (BPA) adalah blok binaan kimia yang digunakan terutamanya bagi   menjadikan polikarbonat plastik dan epoksi. Plastik polikarbonat adalah   ringan, mempunyai keliatan yang tinggi, mempunyai rintangan haba yang   tinggi, kejelasan optik dan ia mempunyai rintangan haba yang tinggi.   Disebabkan sifat-sifat ini, maka polikarbonat dipergunakan secara meluas   di dalam kebanyakan produk.
Apakah Kesan penggunaan BPA pada manusia?
Kajian   terbaru mengenai BPA mengatakan bahawa BPA tidak selamat digunakan   untuk bekas simpanan makanan atau minuman serta ianya tidak selamat   untuk kegunaan kanak-kanak bawah 3 tahun.
Kajian BPA terhadap binatangBerikut adalah sedikit sebanyak kesan penggunaan BPA terhadap tikus-tikus yang diuji di makmal.
- Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari menyebabkan berlaku perubahan yang tetap untuk saluran genital (kajian 2005)
 - Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari juga menyebabkan perubahan pada tisu payudara yang menyebabkan sel-sel untuk hormon-hormon dan karsinogen. (kajian 2005)
 - Dos sebanyak 2 µg/kg/hari meningkatkan kadar kenser prostate sebanyak 30%. (kajian 1997)
 - Dos sebanyak 2 µg/kg/hari juga menyebabkan pengurangan berat badan. (kajian 2002)
 - Dos sebanyak 2.4 µg/kg/hari menyebabkan penurunan dalam testosteron. (kajian 2004)
 - Dos sebanyak 2.5 µg/kg/hari boleh mendatangkan sel-sel kanser pada payudara. (kajian 2007)
 - Dos sebanyak 10 µg/kg/hari menyebabkan sel-sel prostat lebih sensitif kepada hormon dan mendatangkan kanser. (kajian 2006)
 - Dos sebanyak 10 µg/kg/hari
 
Cara mencegah BPA terus kepada bayi dan anda.
Caranya   mudah. Elak menggunakan plastik yang mengandungi BPA. Carilah barangan   plastik yang digunakan untuk menyimpan air, makanan, botol susu,  mainan  kanak-kanak terutama bayi yang tidak mengandungi BPA (BPA-free).   Kebanyakan botol susu bayi sekarang sudah di labelkan BPA-free dan   pastikan ianya bukan tiruan!
* Pastikan tidak tertulis perkataan BPA dibahagian bawah botol susu*
No comments:
Post a Comment