Wednesday, March 30, 2011

Cara Wardina melatih anak solat

Semoga semua mendapat manfaat..

BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

boleh diajar berjalan terus...fahamkan?




Sunday, March 27, 2011

M@M@ sUk@......

Canvas printing......??????? OMG!!!!!! mama suka la...sebenarnya ari 2 mama tertengok canvas printing kt blogger kwn mama CIK FARDILLA FAWZI....love at 1st sight.....tq DILLA untuk informasi ni...mama berkenan and nak buat la canvas printing potrait family mama and pic anak mama...

jom kte lihat canvas printing yg mama suka.....



ini lah antara canvas printing yg mama suka....

kalo korang sume suka terjah la blog the perfect canvas...facebook mereka pon ade mengenai info yg korang nak...lokasinya pon x jauh dr tempat keje....


sumber : http://sundae-strawberry.blogspot.com/

http://theperfectcanvas.blogspot.com/






Thursday, March 24, 2011

ArY@N DeM@m..

Dugaannya bl first time anak mama kene virus DEMAM..actually aryan bukannya demam panas sgt cume batuk ngn selsema jex...semalam tgh ari time mama kt complex sukan, pengasuh aryan cal bgtau aryan x leh tido psl selsema ngn batuk...sebenarnya mama da perasan anak mama one day before batuk aje...mama x hairan la pasal pengasuh die demam jugak...tetiba leh batuk ngn selsema mama..maunya x tdo mama disebabkan awak....riso pon ade jugak time 2 psl keeseokannya mama bz dgn MQA visit kt kolej....nasib baik la semalam baru batuk ngn selsema anak mama melarat...semalam mama x keje mcm biase cuma kene attend " kejohanan sukan kolej"..

petang semalam mama ngn babah bergegas bwk awk ke klinik sbb takot awak demam trok..tp alhamdulilah lepas mkn ubat mama tgk awk leh tido dengan lena....lega rsnya...mama jugak bersyukur sebab awak x meragam time awak sakit...ari ni pulak mama kene EL psl mama nk jg awak supaya awak cepat sembuh....

ini ubat yg mama kene kasi awak makan..

mama doakan supaya awk cepat sembuh dan dapat bermain mcm biase....

Wednesday, March 16, 2011

s@y No To BoToL sUsU b@yI pOliK@rBoN@t


PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Kenali BPA..

Zaman sekarang, penggunaan plastik amat meluas digunakan oleh kebanyakan negara maju. Persoalannya adakah plastik selamat digunakan terutamanya pada bayi? Memandangkan terlalu banyak barangan bayi yang berplastik contohnya botol susu, barang mainan dan sebagainya, apakah tindakan ibu bapa terhadap masalah dan persoalan ini?

Kandungan kimia yang biasa terdapat di dalam plastik ialah Bisphenol A atau BPA dimana kebanyakan negara maju lain telah mula mengharamkan penggunaan BPA di dalam bekas simpanan makanan, botol minuman, botol susu bayi, barang mainan bayi dan sebagainya.

Apakah itu BPA?

BPA adalah singkatan daripada Bisphenol A diamana ia adalah satu bahan kimia dalam perindustrian plastik.


Bagaimana BPA digunakan?


Bisphenol A (BPA) adalah blok binaan kimia yang digunakan terutamanya bagi menjadikan polikarbonat plastik dan epoksi. Plastik polikarbonat adalah ringan, mempunyai keliatan yang tinggi, mempunyai rintangan haba yang tinggi, kejelasan optik dan ia mempunyai rintangan haba yang tinggi. Disebabkan sifat-sifat ini, maka polikarbonat dipergunakan secara meluas di dalam kebanyakan produk.

Apakah Kesan penggunaan BPA pada manusia?
Kajian terbaru mengenai BPA mengatakan bahawa BPA tidak selamat digunakan untuk bekas simpanan makanan atau minuman serta ianya tidak selamat untuk kegunaan kanak-kanak bawah 3 tahun.

Kajian BPA terhadap binatang
Berikut adalah sedikit sebanyak kesan penggunaan BPA terhadap tikus-tikus yang diuji di makmal.
  1. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari menyebabkan berlaku perubahan yang tetap untuk saluran genital (kajian 2005)
  2. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari juga menyebabkan perubahan pada tisu payudara yang menyebabkan sel-sel untuk hormon-hormon dan karsinogen. (kajian 2005)
  3. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari meningkatkan kadar kenser prostate sebanyak 30%. (kajian 1997)
  4. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari juga menyebabkan pengurangan berat badan. (kajian 2002)
  5. Dos sebanyak 2.4 µg/kg/hari menyebabkan penurunan dalam testosteron. (kajian 2004)
  6. Dos sebanyak 2.5 µg/kg/hari boleh mendatangkan sel-sel kanser pada payudara. (kajian 2007)
  7. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari menyebabkan sel-sel prostat lebih sensitif kepada hormon dan mendatangkan kanser. (kajian 2006)
  8. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari

Cara mencegah BPA terus kepada bayi dan anda.

Caranya mudah. Elak menggunakan plastik yang mengandungi BPA. Carilah barangan plastik yang digunakan untuk menyimpan air, makanan, botol susu, mainan kanak-kanak terutama bayi yang tidak mengandungi BPA (BPA-free). Kebanyakan botol susu bayi sekarang sudah di labelkan BPA-free dan pastikan ianya bukan tiruan!

* Pastikan tidak tertulis perkataan BPA dibahagian bawah botol susu*

Monday, March 14, 2011

CiUm AN@K d@P@t p@H@L@


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang; dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium".
Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Sumber dari : http://pokok-kurma.blogspot.com

ArY@n Nk MeNi@rap...

Mula-mula awak bermain dulu..pastu bila da bosan.........

Percubaan kali pertama, mama tengok awak bersemangat...

Percubaan kali kedua, mama tgk awk mcm da malas nk usaha..sibuk nak tengok tilam awak yang berwarna warni tu...


lepas 2 kali ke3 mama tgk awk da baring seperti cm biase...mls la mama nk capture gambar awak...tggu awak btol2 bersedia nk meniarap baru mama akan capture gambar awak lagi...kan mama da ckp awak x bole malas..kene cuba sampai berjaya...ingat!!!!berat badan awak semakin lame semakin meningkat....nnti bila badan da berat, lagi la susah....

...........akan bersambung.......




Friday, March 11, 2011

C@ReLEsS...

Tertinggal........aduhhhh...mang aiii...........bole pulak ari ni aku cuai?? x pernah-pernah aku tertinggal "barang" yang paling penting dalam kehidupan aku seharian...ni sume gara2 takot lambat dan nak elak jem pepagi buta....nampak gayanya kering dan kusam la wajah mama aryan ari nih....da x lawo da isteri en.babah....

korang nk tau ape yang aku tertinggal????? jeng..jeng..jeng..jeng......jgn terkejut yea....heeee
ini dia barangnya!!!!!.....huuuuuuu....SEDIH..

BeSt S@nG@t KerRrR...??????

Best sangat ke cite nihhh??? semua orang cakap BEST...nk tengok tp xleh tengok kt panggung pasal de anak kecik..sape yg da tgk??? share la cikit story nye.....


Wednesday, March 9, 2011

KeReT@ vs Th@Nk YoU


Jam 6.40 pagi aku kua umah macam biase...nk dijadikan cite, kete wt hal lak..bukan men semangat aku nk dtg keje awal...aduhhhh....Tensionnya bila tayar kereta wt hal....xpsl2 mengganggu perjalanan nk ke opis..keluar je dr damansara aku da rs kereta lain mcm...terus bagi emergency signal sbb nk tgk ape yg berlaku..tgk tayar ok jex...xdepape..so teruskan lg perjalanan...tp semakin laju kereta bergerak semakin kuat bunyinya....xsedap hati lagi terus berhenti....kemudian call en.babah bagitau keadaan kereta..dah la ari ujan, kereta lak wt hal....mmg tension........

Nak patah balik jalan bukan men jem lagi...igt nk EL jex...tp bl pk2 semula x jadi...nk tggu en.babah datang bukan men lambat lagi..tp xleh salahkan en.babah jugak psl pg aku suruh en.babah hantar anak umah pengasuh..nk tak nak terpaksa la tggu...x sampai 10 mnt en. babah msg suruh bwk jugak kereta ke umah makcik kt kepong...nsb baik ade umah makcik area situ..aku gagahkan diri bawak kereta sambil2 dalam ati berdoa supaya xde pape berlaku...sesampai umah makcik, tggu en.babah lagi..kecian en. babah....meredah ujan dengan motosikalnya...

Tgk jam da kol 8 suku..konpem lambat sampai opis....nk dijadikan cerita, aku pegi opis naik moto dengan en.babah...romantik memang romantik tp sejuk bukan men..dengan jem lagi..tp x tension psl ade driver...x mcm biase kene drive sendiri dtg opis...tp kecian jugak kt en.babah psl kerana aku en.babah lambat smpi tempat keje...da la en.babah terlibat dengan kursus sekarang...mmg keciannnn.....mama hargai pengorbanan babah pd mama...tq for everything...kalo xde en.babah, xtau la ape akan terjadi pd mama....TQ..TQ..TQ...i luv you, dear....


Monday, March 7, 2011

LeP@k Kt TmN ReKre@Si Sh@H @L@M

Anak mama bagi "special pose"...muka baru bangun dari tido..




" View" sekitar taman rekreasi




Time babah pulak kene pegang Aryan




Friday, March 4, 2011

CoReT@n UnTuK @nak M@M@

Hari ini 4hb mac bb mama ade appoinment kt klinik..babah kursus, terpaksa lah mama yg bawak anak mama jumpe doktor...mau pening mama di buat oleh awak...msuk je dlm kereta, awak terus menangis...menangis nk tido..macam mana mama nk drive kalo awak "melalak"...mama terpaksa tggu sampai awak tdo, baru mama boleh drive..trok mama dikerjakan oleh awak...sampai berpeloh-peloh..bukak "aircond" pon rs panas lagi...

x sampai 5 minit drive jln nk kua area damansara lak yang jem...aduhhhh....troknya...da pukol 8 lebih pon jem lagi..mama risau anak mama melalak lg..nasib baik mama bawak "puting gantung" anak mama...bole la awak "nyonyot" sementara mama drive...dan lg bernasib baik bl dalam kereta mama ade mcm2 anak patung...bole la dijadikan bahan hiburan awak....

Sampai2 di klinik, mama ambil nombor dan terase lega bl kt klinik xramai bb yang buat checkup..sekejap je turn anak mama utk "dikerjakan"..bukan apa, seperti biase awak akan kene timbang, ukur panjang dan ukur lilit kepala...lepas 2 baru leh masuk dlm bilik doktor untuk di checkupkan...alhamdulilah...time awak "dikerjakan" awak x buat perangai....

Ape yg mama paling tkotkan time awak nk di cocok...cocok 3 bln nurse ckp bb akan demam...kene je jarum kt peha awak, awak trus "melalak"..mujurla sekejap je...terkejut kot...hehehe...lps da cocok baru bole balik...mama tkot peristiwa sebelum naik kereta terjadi lagi, mama mintak pd nurse appointment awak bln dpn tukar ke wktu petang..alhamdulillah, ade waktu n masa kosong...

Waktu nk balik pon same, anak mama menangis sebab nk tak cukup tdo td...mama terpaksa hidupkan enjin kereta, kemudian bukak aircond dan mcm biase mama kene dodoikan awak...aduhhh..macm kt umah pulak....dalam 15 minit awak amek masa nk tdo...da tdo baru mama bole drive balik umah...yg bagusnya awak tdo start dari klinik sampaila mama nk bwk awak msuk dalam umah...da letak awak atas tilam baru awak terjaga...

lepas 2 mama nk kene tuamkan dan sapu minyak YUU YEE kt tempat awak cocok pulak...time 2 pandai lak awak ketawa....then mama kene bagi awak mkn ubat..nsb baik la awak telan ubat 2 dan x meragam...elok anak mama x meragam, mama kene siap2 pegi opis dan hantar awak ke rumah pengasuh....sampai umah pengasuh tetiba lak awak melalak...xtau knape...tp mama terpaksa tinggalkan awak sebab nk bekerja....kepada anak mama, "i'm sorry"..mama x sempat nk pujuk awak...hopefully awak okay... 2 la alkisahnya....esok bila awak da besar, awak baca la ape yg mama tulis ni yea...tp apa-apa pon mama tetap sayangkan awak tau...

Love Images Free Image Hosting Love Pictures

Thursday, March 3, 2011

Gl@MoUR nYe K@Lo....

Gambar family mama dibuat cm ni untuk tontonan org ramai...pasti mama, ngan babah glamour..semua org sibuk nk autograf mama ngan babah sampaikan x menang tangan kami berdua...mama saje berangan2..gambar ni hanya untuk ARYAN bl awak besar kelak...biar awak tau perangai mama awak yang x abis2 suke berangan2..

C@t@t@N m@M@ @rI iNi


Penghujung minggu akan berkunjung lagi..bestnya..masa yang aku x sabar menunggu...ari ni 3 mac 2011 mama lewat lagi ke opis...1st day dlm bln ni lewat...mama lambat sebab:

1. Sebab ujan...mama mls nk bgn awal psl best tdo..
2. sebab Ujan jugak mama tgk anak mama tdo xmau2 bukak mata..kecian nk kejut..mama jenis yang x sampai ati...bia anak mama bangun dengan sendirinya dan abis menggeliat baru mama akan hantar anak mama kt umah pengasuh.
3. Sebab ujan jgk mama terperangkap dalam jem...yang ni mama paling x suka..BENCI!!!!
4. Sebab ke-4, mama da plan siap2 nk masak & tapaukan untuk babah ari ini...babah ade kursus 3 bln, so apa salahnya mama tapaukan untuk babah..menu mama untuk babah ; ayam masak sambal, sayur bendi & nasi putih...best....yum..yum..

Sampai2 opis pe yg mama buat :

1. Thumbprint...tgk jam da kol 9 pg..da terlalu lewat
2. Discuss project DKS ngn member2
3. Baru leh breakfast dengan senang ati walaupon keje melambak.
4. Mama kene siapkan memo pulak...memo utk MQA visit. banyaknye keje..
5. Mama terlupa nk siapkan fail ketua program. dok sibuk mintak fail subjek lecturer2 lain, mama terlupa buat fail mama sendiri....peningnya...
6. Mama kene rest utk lunch n solat
7. Sebelah petang mama ade meeting program pulak..kene listkan apa yg nk dibincangkan dalam meeting...

Banyaknye keje mama...balik dr opis mama da tau pe yg mama patut buat. antaranya :

1. Spend masa dengan anak mama..ajar anak mama "tepuk amai2" & ajar bercakap.
2. Lps 2 mama kene mandi siap2 utk solat then kene tdokan anak mama sebelum mama masak untuk dinner.
3. Mama kene siapkan pakaian dan barang2 keperluan anak mama untuk ke rumah pengasuh ari esoknya.
4. Mama kene iron baju keje...
5. Mama kene solat isyak dulu then lepas 2 baru leh dinner ngn babah.
6. Mama kene tdo sebelum kol 11 pasal esoknya mama nk kene bangun awal. anak mama babah kne tdokan seperti slalu sebab mama da x larat...

Apa-apa pon mama akan tetap lalui ari ini dengan penuh semangat...yang penting mama happy..



Wednesday, March 2, 2011

RiNDu NyE pD @b@H nGn M@K

Ntah kenape lak petang ni tetibe teringat kt mak ngn abah..rindu rsnye..xsbr nk tggu ujung bln ni nk balik kg halaman...pic kt sebelah ni gmbr mak, abah n family mentua time wedding aku..mak n abah aku yg pakai baju kaler biru 2 ha....rindunya aku kt mereka....

Teringat masa dalam pantang, mak n abah aku yg jaga aku start dari aku mula cuti untuk bersalin di kg sampai la Aryan berumo 1 bln..terharu sungguh dengan pengorbanan mereka..sejak aku kecik sampai da jadi mama, nasihat mak ngan abah tetap aku akan ingat sampai bila2...kerana mereka la aku disini hari ini...trime kasih mak, abah..angah sayang sgt kt mak ngn abah..selamanya..Ya-ALLAH, lindungi la kedua ibu bapaku..peliharakan lah mereka serta tempat kan lah mereka di syurgaMu kelak Ya-ALLAH-amin.

Tuesday, March 1, 2011

3 mOnTh @lRe@dY


Terasa Sekejap je masa berlalu...masih terbayang-bayang lagi saat hendak melahirkan Aryan...satu kenangan yang mama x akan lupakan....kehadiran Aryan adalah bukti kasih, cinta, sayang antara mama dan babah....ari ni anak mama da msuk 3 bln lebih..anak mama membesar dengan sihat depan mata mama...hari2 mama boleh tgk perkembangan Aryan sampai la ke hari ini..sungguh indah anugerah ALLAH S.W.T pada mama dan babah...mama sangat2 bersyukur atas kurniaan itu..

Melihat Aryan tersenyum dan ketawa adalah syurga bagi mama...hilang segala penat mama melihat anak mama....mama teruja tgk anak mama boleh kebolehan baru semalam..anak mama cuba nk meniarap...tak sangka cepat betol perkembangan anak mama..mama rasa x sabar lg nk tgk anak mama cuba untuk meniarap hari ini...

walaupon mama sangat teruja nk tggu perkembangan anak mama, tp semakin anak mama membesar semakin timbul perasaan runsing di hati mama..mama runsing kalo Aryan ditimpa penyakit. sedangkan anak mama terkena ruam panas pon mama da tak boleh nk lelapkan mata, inikan pula kalo terkena penyakit2 lain..mama sentiasa berdoa supaya anak mama dijauhkan dengan semua 2..kalao adepon itu mama akan anggap sebagai dugaan dan ujian dari yang Maha Kuasa.. Aryan.... mama dan babah sayang sangat kt awak..apa jua yang datang, mama dan babah akan tetap bersama awak..semoga anak mama sentiasa dilindungi oleh-Nya..i.allah.