Friday, June 14, 2013

Petua Mudah tambah susu badan

Assalamualaikum....

Pagi Jumaat yg hening ni, me nk share sikitla psl ilmu breastfeeding ni.....sumber info ni dari majalah PA & MA...... (Suka baca majalah PA & MA ni sbb byk info berguna)....

Seringkali jugak terdengar & terbaca tentang rungutan ibu2 yang baru bersalin berkenaan dgn susu badan yang semakin hari semakin berkurangan..so disini ada di list kan beberapa petua yg mudah untuk mengatasi masalah ini..... 


1) Kerapkan menyusu ( Direct Feeding)
Sebenarnya, semakin kerap ibu2 menyusukan bb, maka-nya semakin banyaklah susu ibu yanga kan dikeluarkan..kadangkala ada yg tersalah persepsi pasal ini...ada yg beranggapan bahawa bila semakin kerap menyusu, susu akan jadi semakin kurang....2 adalah salah satu pemikiran yang salah...ibu2 kene ingat tentang konsep DEMAND & SUPPLY....  
( Dulu pon me penah ade persepsi yg salah 2, tp papepon kene pk positif, alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi berjaya menyusukan bb Ammar- dah nk masuk 8 bulan da....)


2) Amalan tradisi
Orang melayu memang terkenal dengan petua2 khusus yang berkaitan dengan makanan..so, antara makanan yg boleh dikatakan sebagai MILK BOOSTER ialah ulam-ulaman seperti pegaga, peria, jantung pisang dan betik. Selain itu lobak putih & ikan yu juga turut dipercayai boleh menambahkan susu badan.
(Me suka makan pegaga..jus pegaga pon sedap...peria mmg kesukaan me tapi jarang makan sbb hubby x suka makan..kalo masak, me sorang2 jex yg akan makan..hihi)


3) Makanan Herba
Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba kemudian keringkan halba tersebut. kemudian disimpankan dalam bekas tertutup, dan bole dimakan sesudu halba setiap hari. selain itu, jintan hitam pon bole menambahkan susu ibu dan cara pengambilannya pon sama mcm halba.
( Memang x pernah makan halba mcm 2 jex..tp suka dicampurkan dengan masakan...apatah lagi bila blk kg mak selalu buat nasi dagang..nasi dagang mmg dimasak bersama halba..sedap wooooo!!)


4) Minum air ikut keperluan.
Minum air kosng ikut keperluan tubuh. lebih baik sekiranya dalam sehari minum 3L air kosng..selain daripada air kosong, boleh juga minum air soya, susu atau air buah longan kering yang direbus. 
(Air kosong mmg da jadi BFF me....sehari kekadang memang lebih 3L me minum....mmg xpenah kurang....dan yang paling penting da nk masuk 8 bulan jugak me x minuman yang berais, sedangkan dulu me sgt dikenali dengan "hantu ais"...hihi...jus lobak putih & air longan selalunya hubby yang tolong buatkan start dr lepas bersalin until now..SYUKRAN..)


5) Posisi yang betul
Posisi ini khusus semasa proses menyusukan anak. paling utama memastikan bayi / anak melekap dengan betul. jika menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, ibu2 semua bole merujuk kepada pakar laktasi yang diiktiraf.
( Setakat ni, alhamdulillah, berkat banyak membaca, me lebih suka posisi yang me guna sekarang bila menyusukan bb Ammar...posisi jenis duduk sambil bersandar)



p/s: Sharing is loving & caring....tengah bertungkus lumus mengumpul stok susu untuk bulan ramadhan..semoga niat me ini diberkati-amin-

1 comment:

azizah :) said...

mudah2an niat jijah nak meyusukan baby lepas lahir tercapai!