PORT DICKSON: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia  dipercayai akibat tersedak susu, di sebuah rumah di Taman Desa Rusa, di  sini, hari ini.
Bayi itu, Nur Syahira Syakira Mohd Juwaini, ditemui ibunya Naysriah  Ibrahim, 33, dengan keadaan mukanya pucat dan hidung berbuih kira-kira  7.30 pagi tadi ketika menjenguk anaknya itu yang ditempatkan dalam  sebuah bilik di rumah itu.
Naysriah berkata, beliau sebelum itu memberikan anaknya susu badan pada  jam  4 pagi sebelum menyiapkan persediaan bagi menjual nasi lemak di  hadapan rumahnya.       
       
   "Pada jam 6 pagi selepas itu, saya ke bilik itu untuk menjenguk keadaan  Syahira dan masa itu dia masih sedang nyenyak tidur, tapi untuk kali  kedua saya menjenguk pada jam 7.30 pagi, Syahira sudah tidak bergerak,  dengan keadaan hidung berbuih dan pucat," katanya ketika ditemui di  Hospital Port Dickson, hari ini.
Katanya, dia yang panik terus memanggil ibu mentuanya yang tinggal bersama-samanya untuk melihat keadaan Nur Syahira.
Mereka kemudiannya membawa bayi malang itu ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas.    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan  Baljeet Singh, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai  kes terbabit dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi  mengetahui punca kematian. - BERNAMA        
   sumber dr : Berita harianp/s: takziah utk family mangsa...pesanan utk diri sendiri, beringat2 semasa breastfeed anak...menyusu badan pon bahaya jugak....
al-fatihah