
Drama bersiri 'CINTA ELYSA' ni memang cite peberet me..memang leh katakan setiap ari selasa jam 9 mlm mmg me dok melekat dpn tv tggu cite ni...
sedikit informasi untuk di share kan dgn u olss....
Drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ akan disiarkan mulai 13  September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13  episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along  Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan  pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin,  Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila. 
Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang  membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang  terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga  sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa  saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah  membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.
 
Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering  melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan  Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang  masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan  Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya. Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan  Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering  melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa  jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban  dan suka menyusahkannya.