Tuesday, January 8, 2013

Lima Tahun

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik hari ni 8 Januari 2013, genap 5 tahun me berada di Cybernetics...Sudah terase lama sgt berkecimpung dalam bidang pendidikan..ternyata diri me memang serasi dgn bidang pilihan ni...Alhamdulillah, setakat hari ini rezeki x putus2 menjelma....

2008

Tahun pertama bekerja, status masih lagi anak dara..datang kerja dengan bawak fail, berbaju kurung biru dan tercari-cari tempat duduk dalam department..memang terase mcm budak baru belajar..kali pertama jugak bertemu dgn best frend yang masih setia berkawan sehingga ke hari ini iaitu kak ira... dia lah orang pertama yang menyapaku walaupon kami berlainan Sekolah Pengajian...banyak tunjuk ajar yang diberikan termasuklah mengajar me tentang dunia blogging..hehehe...

Tahun pertama bekerja jugak lah me melangkah ke alam pertunangan bersama suami terchenta...dengan hasil "salary" di Cybernetics, majlis pertunangan me berlangsung seperti yang dirancangkan...dan pada hujung tahun 2008, dengan hasil titik peluh, me dapat pakai kereta...( tahun pertama ada kereta sendiri) dan untuk pengetahuan korunk, kereta 2 masih lagi me gunakan sehingga ke hari ini.

2009

Tahun kedua bekerja di Cybernetics, semakin ramai me dapat kenalan..semakin serasi dengan dunia pendidikan..dan semakin ramai anak didik yang di ajar...pada tahun ini jugak, dari status anak dara, bertukar menjadi status isteri orang...Pada tahun ni jugak me dapat lagi sorang kawan baik...kawan baik yang sudah pergi buat selamanya..tp
tahun 2009 tidak banyak meninggalkan kesan pada diri me...semuanya nampak ok belaka...

2010

Tahun ketiga di alam pendidikan memang terase agak mencabar...pada tahun ini berlaku krisis dalam department sendiri..perang dunia secara kecil-kecilann antara boss dan staff...(mcm budak2 pulak)..tp memang realiti...untuk merapatkan kembali silaturrahin team building diadakan...memang seronok dapat pergi team building, dan yang paling seronok dapat memulihkan kembali ikatan persahabatan antara rakan-rakan satu department...

Tahun ini jugak me telah disahkan mengandung anak yang sulong dan kenangan paling sweet pegi team building dengan bwk bb dalam perut....tp me x dpt join xtvt luar atas faktor2 kesihatan....tp syok...mana ada org pregnent pegi team building kan? hahahhaha

Tahun 2010 ini jugak kami 3 department dipisahkan...Sekolah pengajian me yang hanya kekal di level 4..dua lagi sekolah pengajian telah berpindah ke level 3..maka bermulalah episod perpisahan sementara dengan kak ira...dan bermulah jugak episod tidak mengenal staff sekolah pengajian yang lain bila adanya staff baru....huhu..

Tahun 2010 jugak nampaknya ada pembaharuan dalam dunia kerjaya me...me telah dilantik oleh ketua sekolah sebagai ketua program Diploma in Executive Secretaryship..Alhamdulillah rezeki anak pertama...

2011

Masih lagi menjawat jawatan sebagai ketua program dan pada tahun inilah, me telah belajar banyak mengenai MQA..al maklumla, bila da jadi ketua program semua dokumen untuk diakreditasi kene siapkan sebelum akreditasi program..banyak yang me belajar terutamanya dalam menyiapkan silibus bagi subjek-subjek bawah program me...

Alhamdulillah, setelah penat bertungkus-lumus, semuanya terbayar...program secretaryship telah dapat akreditasi dan pada hujung tahun 2011 me telah dapat reward dari pihak pengurusan..syukur alhamdulillah..rezeki anak...

2012

Awal tahun 2012 sangat seronok sbb dapat bawak family ke sunway lagoon bersama-sama dengan Cybernetics..ber happy hour at sunway lagoon adalah reward yang pihak pengurusan bagi pada semua staff cybernetics atas kejayaan melaksanakan dengan jayanya majlis konvokesyen graduan-graduan...

Berita yang paling menggemparkan bila me disahkan pregnen anak kedua...owhh..sungguh tidak diduga...hujung tahun bulan oktober 2012 lahirlah putera me yang kedua...Masih lagi anak "cybernetics"...dan paling menyayat hati bila kami di cybernetics dikejutkan dengan pemergian arwah hanafee seoarang kawan baik me yang telah pergi menyahut seruan Illahi...paling terase dengan pemergian arwah sebab me tidak sempat untuk menerima "hadiah" second baby dari hanafee sbb masa arwah pergi me masih lagi cuti berpantang..semoga arwah ditempatkan dikalangan orng-orang yang beriman....-amin- al-Fatihah..

Tahun 2013, semoga lebih membawa seribu rahmat pada diri sendiri dan semoga diri me sukses dalam bidang pendidikan ini..insyaallah...





  :: kenangan bersama arwah ( baju coklat-belakang) ::


1 comment:

mama-ira said...

terima kasih kerana mendedikasikan entry ini salah satunya utk akk as "besh fren" shima.... memang tak leh lupa sepanjang perkenalan kita masa tkt 4 dulu... kemudian time akk ngandung.. time rombongan mak jemah ke perkahwinan shima.. sampailah skarang bila dah ada anak.... hehehe semoga kita bersahabat dunia & akhirat..